Tip Sihat Dan Cantik: TIPS ATASI MASALAH KULIT KUSAM SECARA SEMULAJADI

5 January 2018

TIPS ATASI MASALAH KULIT KUSAM SECARA SEMULAJADI




Assalamualikum semua..

Entry ini shu buat khas untuk berkongsi tip dengan anda semua untuk atasi masalah kulit kusam. Shu jugak sebelum ini mengalami masalah kulit kusam, tona tidak sekata, sunburn dan kering.

Tapi itu semua dulu, alhamdulilah sekarang kulit shu dah semakin sihat dan memang dah jarang alami masalah kulit lagi.

Jadi diharap semoga entry Shu ini bermanfaat untuk anda semua mencuba sendiri,

Kulit kusam adalah masalah yang dialami oleh kebanyakan wanita asia. Semua wanita tentunya mengimpikan kulit yang sempurna dan cantik. Kulit kusam juga merupakan satu tanda bahawa keadaan kulit kita tidak sihat. Penghasilan sel kulit yang baru terganggu dan ini yang menimbulkan kulit kusam kerana kekusaman tersebut berasal dari sel-sel kulit mati yang seharusnya sudah terhapus dan digantikan dengan sel yang baru.


Ada banyak sebab dan punca berlakunya kulit kusam ini dan antaranya adalah :

* Kurang tidur
* Stress
* Terlalu lama terdedah dibawah cahaya natahari
* Jarang membersihkan kulit
* Pola permakanan yang kurang sihat
* Kurang minum air masak




Antara 10 tip untuk atasi masalah kulit kusam dengan mengggunkan bahan-bahan semulajadi.






1. Aprikot

Tak banyak yang tahu bahawa aprikot boleh menjadi salah satu bahan dalam mencerahkan kulit kusam secara semulajadi. Aprikot kaya dengan vitamin A . Aprikot amat membantu untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada kulit serta membantu membrsihkan pori-pori yang tersumbat.
  • Caranya: Kupas kulit buah aprikot, tumbuk, lalu rendam semalaman di dalam air. Campurkan sedikit minyak zaitun ke dalam campuran tersebut, lalu sapukan ke tubuh maupun wajah atau area tubuh mana saja yang anda mahu. Biarkan selama 20 minit kemudian boleh dibersihkan dengan menggunakan air suam.


2. Lemon

Lemon sangat bagus dalam mencerahkan kulit. Kandungan vitamin C di dalamnya mampu meningkatkan kecerahan kulit dan menjauhi dari kekusaman kulit. Sifat masamnya membuat segala flek dan kotoran tertanggal. 

  • Caranya: Potong lemon menjadi dua bahagian kemudian anda boleh sapukan sedikit madu, kemudian boleh lah digosokkan di seluruh area wajah sampai merata. Biarkan selama kira-kira setengah jam kemudian bolehlah dibilas dengan menggunakan air suam.



3. Putih Telur

Untuk penggunaan putih telur ini tidak sesuai bagi yang berkulit sensitif. Bagi yang ingin kulit wajah lebih cerah dan tengang, masker putih telur adalah salah satu pilihan terbaik.
  • Caranya: Sediakan putih telur, kemudian campurkan dengan sedikit madu, sebatikan kemudian bolehlah disapu ke seluruh wajah setiap kali selepas mandi. Tunggu sehingga masker kering, kemudian boleh dibilas dengan air suam. Masker putih telur ini boleh dilakukan seminggu 3 kali untuk kesan yang lebih baik.



5. Yogurt

Yogurt original adalah yang paling baik digunakan untuk merawat kulit dan memang penggunaannya termasuk di dalam cara merawat kulit kusam. Selain dapat dijadikan menu diet harian, ia juga boleh digunakan untuk rawatan luar wajah anda. 

  • Caranya: Sediakan yogurt satu sudu teh bersama dengan pisang yang sudah ditumbuk ½ buah saja serta madu secukupnya. Campur seluruh bahan kemudian disapu ke kulit wajah, biarkan selama 15 minit kemudian boleh dibilas dengan air suam.



6. Strawberry

Strawberry selain kaya akan vitamin C juga memiliki kandungan serat tinggi, rendah gula, dan sifat antioksidan. Jadi, anda akan dapat memanfaatkan buah segar ini tak hanya untuk mencerahkan kulit yang kusam, tapi juga sebagai pencegah penuaan taw. 

  • Caranya: Sediakan beberapa buah strawberry segar yang sudah dicuci bersih, lalu lumatkan sampai halus dan campurkan dengan sedikit madu. Kemudian boleh lah disapu pada wajah dan biarkan ia selama 20 minit. Sebagai alternatif, anda juga boleh mencampurkan campuran ini dengan air bunga mawar supaya kulit tampak bercahaya dan lebih sihat.





7. Gula

Gula adalah bahan utama yang kila boleh jadikan scrub pembersih wajah yang mampu menghilangkan kekusaman kulit wajah.

  • Caranya: Sediakan gula kasar atau boleh diblend sedikit untuk hasil yang lebih halus, ambik satu sudu makan yang dicampur dengan air putih secukupnya , campuran jangan terlalu cair or terlalu kering mean sedang-sedang sahaja. Setelah itu boleh lah disapukan diwajah secara pelahan-lahan dengan mengikut arah urutan jam. Tak perlu kasar-kasar just urut dengan lembut sahaja. Lakukan urutan selama 15 minit kemudian boleh lah dibilas dengan air suam.



8. Madu

Madu lebah juga kaya akan nutrisi yang boleh membantu mencerahkan kulit kusam. Ia boleh dipakai terus ataupun dicampur dengan jus lemon, semuanya sama berkhasiatnya. Kandungan antiseptik, anti-inflamasi dan juga antioksidannya benar-benar tinggi sehingga kulit tak hanya cerah tapi juga sehat.

  • Caranya : Sapukan madu pada sebelah malam sebelum tidur. Biarkan ia kering seketika dalam 15 minit , kemudian bolehlah dibilas dengan menggunakan air suam. Pastikan dicuci sebelum tidur ye jika tidak mahu muka anda bersemut dipagi hari .

9. Air Kosong

Pengambilan air putih 8-10 gelas setiap hari bukan hanya dapat mengelakkan tubuh daripada terhidrasi, tapi kulit juga akan ikut menjadi lebih cerah. Apabila kita kurang minum air putih, kulit tubuh akan menjadi kering dan kusam, jadi memang sangat penting untuk mengamalkannya sebanyak mungkin. 


10. Kerap mencuci Muka

Kulit yang kusam terjadi kerana kurangnya disiplin dari segi penjagaan wajah secara rutin. Setiap hari dan setiap masa kulit kita terdedah dengan pencemaran di sekeliling, jadi disini kita perli kerap mencuci muka bagi mengelakkan habuk-habuk ahlus yang beterbangan diudara itu melekat diwajah kita untuk jangka masa yang lama. 

Paling tidak kita perlu membersihkan wajah secara rutin sehari 2 kali setiap hari akan dapat membuat kulit bebas dari kekusaman. Bagi orang islam, dengan berwuduk sehari 5 kali itu menjadi punca kenapa kulit mereka nampak lebih cerah dan berseri. 


SET KULIT KUSAM SHAKLEE


 VITAMIN C ( 6 BULAN )

.
🍒Membentuk kolagen dalam kulit
Mencerahkan kulit
Melambatkan proses penuaan
Menghalang pigmen yang menyebabkan masalah jeragat
Menigkatkan sistem imunisasi badan
Membantu mengurangkan masalah alergi dan resedung
Mengatasi masalah gusi berdarah
Vitamin c juga boleh dijadikan masker semulajadi
Mengurangkan monyak di muka
Mengurangkan pertumbuhan jerawat


👉Vitamin E (4BULAN)


🍒Menghilangkan parut jerawat / jeragat
Melembabkan kulit
Mengurangkan masalah blackheads & whiteheads
Melembutkan & melincinkan kulit

Boleh dijadikan masker untuk merawat masalah kulit kering

ESP Shaklee (1-2BULAN)


🍒Mencerahkan kulit secara keseluruhan
Mengatasi masalah kulit mudah sunburn & sensitive
Menghilangkan parut jerawat & jeragat
Mengecilkan pori pada wajah
Menganjalkan & menggebukan kulit
Mengatasi masalah kulit berjerawat
Melincinkan & melembutkan kulit


BAGAIMANA INGIN MENDAPATKANNYA ??


Untuk direct order by online sendiri anda boleh klik disini klik disini 

Bagi anda yang ingin mendapatkan produk Shaklee ini dengan harga istimewa boleh menghubungi Shu direct melalui aplikasi whatsapp di number 014-9870981, untuk lebih memudahkan anda just klik disini  untuk terus ke whatsapp shu ye.

Untuk COD pulak bagi kawasan JOHOR BHARU, DANGA BAY,  PLENTONG, MASAI, PASIR GUDANG, PASAR BORONG PANDAN, PERMAS, TEBRAU DAN  TIRAM

Assalamualaikum dan jumpa lain di lain entry.


Your Beauty & Healthy Consultant
Norshuhada Beauty Shop
Whatsapp : 014-9870981
Instagram : @norshuhada91
Facebook : Pistachio Hamli
Facebook Page : Norshuhada Beauty Shop

No comments:

Post a Comment

Tip Sihat Dan Cantik Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign