Tip Sihat Dan Cantik: TIPS TURUNKAN BACAAN KOLESTROL DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

8 January 2018

TIPS TURUNKAN BACAAN KOLESTROL DENGAN CEPAT DAN BERKESAN


Kolesterol tinggi dalam darah meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghidapi penyakit jantung dan strok. Berdasarkan kajian statistik, setiap 15 minit, seorang penduduk Malaysia akan mendapat serangan jantung.

Di samping rawatan yang boleh diberi di hospital, pencegahan merupakan sesuatu yang lebih bermakna kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Antara punca seseorang itu mengalami masalah kolesterol adalah berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang. 

Bila melibatkan diet pemakanan, ini bermakna seseorang itu boleh kawal kolestrolnya dengan hanya menjaga pemakanan. 


Apakah itu kolestrol?



Kolestrol ialah bahan berlemak (lipid) yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Kolestrol penting dalam membantu badan berfungsi dengan sempurna. Kolestrol terbahagi kepada dua iaitu kolestrol 'baik' merujuk kepada HDL (high density lipoprotein) dan kolestrol 'jahat' LDL.


Kolestrol LDL boleh berkumpul di dinding arteri dan membentuk plak yang mengakibatkan arteri tersumbat. Manakala kolestrol HDL mengelakkan endapan kolestrol jahat dengan membawanya ke hati dan seterusnya disingkirkan dari tubuh. 



Setiap individu seharusnya menjaga tahap kolestrol dalam darah supaya sentiasa berada dalam kawalan demi untuk kesihatan jantung dan otak. Bagaimana caranya? Mulakan dengan menjaga pemakanan dan banyakkan pengambilan makanan yang dapat merendahkan paras kolestrol jahat.

Kolesterol – Pembunuh Senyap!!

Kolesterol digelar sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana kadar kolesterol meningkat dalam badan kita tanpa disedari. 
Oleh itu, PENTING untuk kita mengetahui apakah tanda-tanda anda mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, iaitu:
  1. Rasa berat di bahagian tengkuk dan ngilu di bahu – aliran darah dan oksigen terhalang akibat penumpukan plak pada pembuluh darah.
  2. Sering sakit kepala – peningkatan kolesterol menyebabkan arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah). Aliran darah yang mengalir ke otak terhalang.
  3. Cepat mengantuk – kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan terkadang menutup pembuluh darah, aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang sehingga seseorang cepat mengantuk. Jika anda sering merasa lemah, letih dan lesu, segeralah periksa kadar kolesterol tubuh anda.
  4. Mudah penat – kadar kolesterol yang tinggi menyebabkan sistem tubuh terganggu sehingga mudah penat. Adakah anda sering bangun tidur dan terasa masih penat seharian? Jika anda berusia diatas 30 tahun dan sering mengalami gejala ini segeralah periksa kesihatan anda secara terperinci.
  5. Kesemutan – aliran darah menggumpal dan tidak lancar.

Dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa tips penjagaan makanan untuk atasi masalah kolestrol tinggi secara cepat dan berkesan. 


Tips Penjagaan Pemakanan Untuk Atasi Masalah Kolestrol Tinggi


1. Sajian makanan untuk jantung sihat


Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga 9 portion sehari. Antioksidan yang terkandung dalam makanan tersebut mampu menurunkan paras kolestrol jahat. Di samping itu, banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal berupaya mengelakkan penyerapan kolestrol dalam darah.


2. Banyakkan makanan yang kaya dengan sumber Omega 3


Untuk jantung yang sihat, digalakkan mengambil hidangan berasaskan ikan dua kali seminggu. Ini kerana ikan kaya dengan omega 3 yang berupaya merendahkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Selain itu, omega 3 mambantu memperlahankan pertumbuhan plak di dinding arteri. Salmon, tuna, trout adalah pilihan yang terbaik kerana mengandungi kadar omega 3 yang sangat tinggi.

3. Amalkan pengambilan serat setiap hari


Oat merupakan bijirin yang mengandungi serat larut dikenali sebagai beta glukan yang terbukti mampu untuk merendahkan paras kolestrol dalam darah. Selain itu, ianya kaya dengan karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi yang dapat memberi rasa kenyang yang lebih lama seterusnya mengurangkan pengambilan makanan pada waktu lain.

4. Amalkan pengambilan lemak tak tepu untuk melindungi jantung


Badan kita perlukan sedikit lemak dalam 25 ke 35 peratus dari kalori seharian. Lemak yang diperlukan adalah lemak tak tepu seperti yang terdapat dalam minyak zaitun dan minyak safflower. Lemak tak tepu membantu merendahkan paras kolestrol LDL dan dapat meningkatkan tahap kolestrol HDL. Penting untuk kita elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada kenaikan paras kolestrol LDL.

SET KOLESTROL SHAKLEE


Set kolestrol basic shaklee bertindak dalam 2 langkah iaitu : 





1. Pencegahan


Pengambilan phytocol-st dapat menghalang penyerapan kolestrol sekaligus mengawal kadar kolestrol dalam darah.

Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee ini adalah:

  • Campuran bahan yang mengandungi fisoterol semolajadi daripada tumbuhan, buah-buahan dan bijirin
  • Ianya menampung 2000mg fisoterol daripada tumbuhan untuk keperluan seharian tubuh badan manusia
  • Fisoterol telah terbukti secara klinikal dengan ujian makmal dapat merendahkan paras kolestrol LDL.
  • Mengikut saranan kandungan fisoterol yang digariskan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).


2. PENURUNAN


Omega guard dapat membantu menurunkan paras kolestrol LDL dengan cara meningkatkan paras kolestrol HDL dalam pembuluh darah. Kolestrol HDL berperanan membersihkan salur darah dari plak yang terkumpul di dinding arteri dan membawanya ke hati untuk disingkirkan dari tubuh badan.

Keistimewaan Omega Guard Shaklee ini adalah :
  • mempunyai kandungan EPA dan DHA yang lebih tinggi berbanding jenama lain
  • bebas dari logam berat dan bahan cemar
  • tidak mengandungi oksida dan lemak trans
  • tiada bau dan rasa ikan
(letak gmbr cth mknan yg kya dgn oemga 3)

Bertindak segera..Rendahkan paras kolestrol anda sebelum ianya memberi kesan kepada kesihatan jantung anda..Jika ingin dapatkan set kolestrol ini, anda boleh hubungi saya. Saya sedia untuk membantu.


BAGAIMANA INGIN MENDAPATKANNYA ??


Untuk direct order by online sendiri anda boleh klik disini klik disini

Bagi anda yang ingin mendapatkan produk Shaklee ini dengan harga istimewa boleh menghubungi Shu direct melalui aplikasi whatsapp di number 014-9870981. Nak lebih mudah boleh klik disini untuk terus ke whatsapp Shu ye



Untuk COD pulak bagi kawasan JOHOR BHARU, DANGA BAY,  PLENTONG, MASAI, PASIR GUDANG, PASAR BORONG PANDAN, PERMAS, TEBRAU DAN  TIRAM

Assalamualaikum dan jumpa lain di lain entry.


Your Beauty & Healthy Consultant
Norshuhada Beauty Shop
Whatsapp : 014-9870981
Instagram : @norshuhada91
Facebook : Pistachio Hamli
Facebook Page : Norshuhada Beauty Shop


No comments:

Post a Comment

Tip Sihat Dan Cantik Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign