Tip Sihat Dan Cantik: 3rd Trimester Pregnancy Experience

8 December 2016

3rd Trimester Pregnancy Experience


Assalamualaikum wbt..


*Pic ni masa usia kandungan Shu 8 bulan.

Alhamdulilah, macam tak percaya je sekarang dah jadi seorang ibu. teringat-ingat pulak masa mengandung sebelum ni. 

Shu bersyukur sangat sepanjang kehamilan sebelum ni semuanya berjalan dengan lancar, junior kami pun membesar dengan sihat sepanjang berada dalam perut ibu dia dan bila dilahirkan pun sihat alhamdulilah.

So petang-petang ni sajalah nak thrwback balik masa 3rd trimester haritu.

Bila dah masuk 3rd trimester, apa yang shu perasan lah pada diri shu :

1. Makin kuat makan, its mean makan kena ikut time, tak boleh lambat dan 24 jam rasa nak mengunyah aja hehe 

2. Perut yang sebelum tu orang cakap nampak kecil comel je  dah mula menampakkan diri.

3. Kalau buat kerja pulak dah mula rasa mengah terutamanya kalau kena tunduk-tunduk, bongkok-bongkok tu, sekali bangun baby sama menendang hehe mungkin dia rasa tersepit kot.

4. Berat pun bertambah dengan jayanya, tapi shu maintain je rasa berat lebih kepada baby.

5. Dan mostly seluar-seluar dan skirt-skirt dah tak boleh pakai. Sepanjang hamil memang shu tak beli pun baju mengandung sebenarnya just pakai baju yang ada je, tapi masuk je 3rd trimester dah banyak yang tak muat terpaksa lah cari baju yang sesuai jugak.

6. Baby pun makin aktive menendang dekat dalam tu kadang-kadang sampai senget-senget perut ibu dia ni dia kerjakan, tapi kadang-kadang kalau dia tidur  shu pulak yang suka menyakat dia kacau dia bangun. Elok sangat lah ibu dengan anak.

7. Dan pengalaman yang paling best sekali untuk 3rd trimester tu , kalau tak dapat sesuatu yang diminta confirm menangis punya, dasyat betul kan . Nak tahu tak apa yang shu mintak, nak mandi kolam sekali pergi public pool tak boleh mandi ape lagi menangis shu dekat en.suami, tapi nasib baik lah sampai ja dekat kampung suami bawa jugak pergi cari kolam yang boleh mandi akhirnya tercapai jugak lah permintaan shu, apa lagi senyum sampai ke telinga lah dah dapat mandi, mandi sampai puas baru balik hehe.

Btw syukur sangat-sangat kerana diberi perluang untuk merasai pengalaman mengandung seperti ibu-ibu hamil diluar sana. Dulu hanya dengar kawan-kawan berkongsi cerita kehamilan mereka sekarang shu sendiri dah merasainya, 

Memang benar kata orang, pengalaman mengandung setiap orang pastinya berbeza tak semuanya sama. 

Masa dah hujung kehamilan tu memang nervous, tapi apa yang shu buat adalah just pikirkan yang baik-baik je tak nak dengar cerita-cerita orang sebab banyak yang lebih menakutkan dari yang menyeronokkan.

Hari shu nak bersalin tu, shu bersyukur sangat semunya dipermudahkan. Untuk perkongsian pengalaman bersalin nanti shu buat next entry ye.

InsyaAllah nanti shu akan share tentang supplement yang shu amalkan sepanjang kehamilan shu sebelum ni ye. Mana tahu boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu hamil yang lain jugak.

Ok Sekian.. 

Assalamualaikum wbt and have a nice day.



No comments:

Post a Comment

Tip Sihat Dan Cantik Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign