Tip Sihat Dan Cantik: My Pregnancy Story Part 1..

14 December 2016

My Pregnancy Story Part 1..

Assalamualaikum semua.

Blur bila nak update blog tapi tak tahu nak up entry apa. Bila ilham tu datang memang tak menang tangan nak menaip, tapi bila tangan gatal nak menaip habis hilang semua ilham  tu pulak hehe..

So hari ni shu nak up tentang My Pregnancy Story Part 1. Tumpang masih segar dalam ingatan lagi ni, better taip dekat blog, boleh jugak buat bahan bacaan di kemudian hari.


Setiap orang mesti punyai cerita mengandung mereka yang tersendiri, betul tak? Sama lah dengan shu.

Shu disahkan hamil selepas sebulan berkahwin, alhamdulilah sebab diberi rezeki anak awal. Shu berkahwin pada hujung bulan 11/2015. 

Macam mana shu tahu shu mengandung? 
Dari sebelum kahwin lagi, shu memang sentiasa catat kitaran period shu. Dan memang setiap bulan tak pernah yang terlewat. Jadi masa bulan 1 tu shu perasan period shu dah lewat beberapa hari. Tapi shu tak dak lah mengharap sangat sebab masa diawal perkahwinan tu shu dan suami pun pjj. Kalau jumpa pun 1 2 hari je dalam seminggu. 

Jadi shu tak terus buat pregnancy test, shu just mintak suami belikan je dulu alat ujian kehamilan tu. Shu biarkan dalam seminggu jugak lah. Than memang tak period jugak. So shu pun try la buat test tu. Dan inilah hasilnya...

*Pregnancy test yang sebelah kiri tu yang pertama shu buat, yang sebelah kiri tu check dekat klinik.

Ya Allah, syukur sangat-sangat. Perasaan masa tu memang tak tahu nak cakap. Kebetulan pulak haritu suami nak balik, so konon nak buat kejutan lah kan. 

So masa malam tu suami sampai shu sengaja letakkan pregnancy test tu dalam kotak jam tangan shu yang suami hadiahkan masa kahwin haritu.


Bila suami sampai, tengah dia siap-siap nak mandi tu shu bagitahu yang cermin jam tangan tu pecah ,than mintak dia tengokkan dalam kotak tu ha. Tapi suami shu ni jenis relex so dia tanya lah macam mana boleh pecah tak pe nanti kita betulkan. ( Dalam hati ala cepat lah buka kotak tu) 

Tapi memang sampai ke sudah tak nampak responnya pun buka je kotak tu, so shu pun cakap lah buka lah tengok jam tu. Barulah dicapainya kotak tu hehe.

Apa responya ! hahaha senyum je. Kan shu cakap suami shu ni jenis relex je. Tapi mungkin dia tak nak happy sangat sebab just test kan belum dapat pengesahan dari yang pakar. Jadi dia cool je lah. So besoknya kami pun pergi chekup dekat klinik untuk dapatkan double confirm. Dan alhamdulilah doktor sahkan shu dah mengandung 7 minggu. 

Memang sepanjang dalam kereta tu kami berdua senyum je, suami call mak mertua shu bagi tahu. Oleh kerana terlalu happy agaknya sampai tersasul-sasul cakap haha. 

Contoh dialog " Salam mak nak bagi tahu ni kami baru balik klinik chekup nurul, doktor kata dah mengandung 7 bulan" Terkejut mak mertua den haha . Shu pun menyampuklak " 7 minggu lah hehe".

Masa awal-awal kehamilan tu memang teruk lah alahan nya. Shu alah pada makanan peh memang siksa sangat, bau menumis tak boleh, bau wap nasi tak boleh, tengok nasi pun loya, makanan yang bermiyak memang lagi tak boleh. Tapi kadang-kadang paksa jugak diri makan. Mana boleh tak makan langsungkan !

Lepas tu bila dah alami alahan tu, shu dah tak lah konsisten sangat ambik supplement Shaklee yang biasa shu amalkan sebelumnya. So muka pun jadi kusam dah lah nak sapu krim pun rasa malas, kalau nak keluar just pakai bedak je. Serius memang muka dah macam ape tah hehe nasib baik suami tak kisah. 

Bila usia kandungan dah masuk 2bulan lebih, alahan shu pun dah kurang lah sedikit. Setiap pagi shu akan bancuh jus oren tanpa gula untuk hilangkan rasa loya. Memang akan bawak air oren bekal pergi kerja

Dan perubahan yang shu alami sejak mengandung tu, memang kalau bangun je tidur mesti akan rasa lapar sangat. Sebelum mandi shu akan bancuh ESP dahulu kurangkan rasa lapar tu baru boleh nak mandi dan siap pergi kerja. Sehari 3 kali jugak lah shu minum ESP ni nasib baik dia mengenyangkan. Lepas minum ESP ni rasa kenyang dia macam baru lepas makan nasi. Jadi tak de lah lembik je shu kan. 



Alhamdulilah berkat konsisten balik dengan pengambilan supplement Shaklee terutamanya ESP dan ditambah pulak dengan VITAMIN C, VITALEA, B COMPLEX, kulit shu kembali LICIN, GEBU dan MOIST-MOIST je..
Masalah kulit kusam, blachead& whitehead, berminyak di zone T dan sebahagiannya kering semuanya telah hilang.. Yeay sukanya..


Tapi untuk ibu hamil anda perlulah ikut dose yang bersesuai ye, sebab kalau overdose takut nanti kulit baby jadi sensitive pulak. That why perlu dapatkan supplemen Shaklee kegemaran anda daripada SID yang sah. Tak boleh main beli dekat kedai je.

Sampai di sini sahaja dahulu perkongsian mengenai cerita kehamilan Fisrt trimester shu untuk Part 1. Insya Allah Part 2 nanti shu akan share apa pulak supplemen yang shu amalkan untuk 2 & 3 trimester.

Sebelum shu akhiri entry post ni, disini shu nak share lah sedikit info tentang supplement yang shu amalkan bagi first trimester kehamilan shu tu.

Antara fungsi supplement yang shu amalkan semasa first trimester kehamilan adalah :
.

1) Vita-lea
Membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat beai. Kekurangan zat beai boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kirang konsentrasi.

.
2) Sustained Release Vit C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi serta ,enjadikan kulit lebih cantik.
Membantu penyerapan iron-kalau tak cukup vitamin C, manakala iron sekapal pun takkan diserap oleh badan.
.
3) ESP
Memberi tenaga berkekalan, tahan selama berjam-jam
Membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain.
Kulit juga menjadi lebih licin,gebu dan anjal.
.
4) B -Complex
Folic asid yang antara yang paling penting untuk diambil diawal kehamilan.
Ia dapat mengurangkan risiko melahirkan anak yang mengalami masalah kecacatan saraf contohnya bayi yang dilahirkan tanpa tempurung kepala.

Ni antara catatan ringkas berdasarkan pengalaman Shu sendiri yang consume Shaklee sepanjang kehamilan shu :
.
Badan rasa lebih bertenaga dan tak cepat letih
Tekanan darah dan HB sentiasa pada paras normal
Kurang sakit badan, belakang pinggang and tak de kena sangat cramp kaki
Awal pregnancy kulit jadi sensitif dan bermasalah, lepas consume Shaklee alhamdulillah kulit kembali licin dan flawless


Terima kasih kerana sudi membaca entry yang tak seberapa dari shu ni. Semoga perkongsian shu ni dapat membantu first time mummy dan anda-anda yang mengimpikan kandungan yang sihat.


Demi kesihatan baby kita bijaklah dalam memilih supplemen untuk kandungan anda ye. Kalau Shaklee memang tak perlu diragui kerana 100% dari bahan semulajadi dan melalui kajian daripada peringkat saintis taw bukan doktor sebarangan. 

Untuk puaskan hati lagi boleh follow IG dan FB shu untuk dapatkan lebih banyak info dan testimoni pengguna produk Shaklee ni ye.

Boleh hubungi shu untuk dapatkan supplemen pilihan anda dengan harga istimewa beserta konsultasi terbaik ok.



Your Beauty & Healthy Consultant
Norshuhada Shaklee
Whatsapp : 017-4602474
Instagram : @norshuhada91
Facebook : Pistachio Hamli
Facebook Page : Pakar Kecantikan & Kesihatan Anda

No comments:

Post a Comment

Tip Sihat Dan Cantik Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign